puteri umno's FotoPage

By: puteri UMNO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Jan-2007 11:28 Email | Share | Bookmark
BN MENANG BESAR DI BATU TALAM - TAHNIAH

DUN) Batu Talam dengan majoriti 5,857 undi
Abdul Aziz Mat Kiram menewaskan calon Bebas, Ng Chee Pang
RAUB: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam dengan majoriti 5,857 undi, apabila calonnya, Abdul Aziz Mat Kiram menewaskan calon Bebas, Ng Chee Pang, pada pilihan raya kecil DUN itu, semalam.

Daripada keseluruhan 7,080 undi yang diterima, Abdul Aziz, 47, memperoleh 6,276 undi, manakala Chee Pang, 22, hanya 419 undi sekali gus menyebabkannya hilang wang pertaruhan.

Seramai 7,080 atau 67.32 peratus pengundi keluar menunaikan tanggung jawab mereka dengan sejumlah 385 undi rosak dicatatkan manakala lima kertas undi tidak dikembalikan.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Kadir Awang Bakar, di Dewan Jubli Perak Raub kira-kira jam 8.17 malam tadi.

DUN Batu Talam mempunyai 10,525 pemilih berdaftar, termasuk 14 pengundi pos, semuanya anggota polis layak mengundi pada pilihan raya kecil itu.




Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Adun Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, pada 27 Disember lalu kerana barah paru-paru dan usus.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, Allahyarham menewaskan calon Pas, Dr Muhammad Nilam Abdul Manap dengan kelebihan 2,761 undi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan calon BN di kerusi DUN Batu Talam memberi makna yang besar daripada pelbagai sudut.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata kemenangan itu akan menguatkan lagi iltizam BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat selain memperkukuh lagi kerajaan.

Katanya, pada peringkat nasional, kemenangan itu sudah tentu mencerminkan keyakinan berterusan pengundi Batu Talam kepada kerajaan BN yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Sekalipun kita terpaksa lalui dugaan dan cabaran mutakhir ini, jelas sekali apa jua yang berbangkit selama ini tidak menjejaskan sokongan padu rakyat kepada kerajaan BN.

“Sebaliknya, sokongan kepada kerajaan BN bertambah mantap berikutan kemenangan ini,” katanya pada sidang media selepas keputusan Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam diumumkan.

Turut hadir, ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net