puteri umno's FotoPage

By: puteri UMNO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Jan-2007 06:56 Email | Share | Bookmark
BATU TALAM: DI BALIK TABIR

Lima analisis menarik dapat diketengahkan bagi aktivis, peserta dan pemerhati politik berhubung pilihanraya kecil DUN Batu Talam. Pertamanya, pemboikotan pakatan pembangkang, atas alasan sistem bobrok yang didakwa wujud dalam SPR, walhal urutan sejarah membuktikan dengan sistem yang sama jugalah, BN tewas di Kelantan(1990-sehingga kini), tumbang beberapa buah kerusi di Kedah, Selangor,Terengganu Perak dan Pulau Pinang(Pilihanraya 1969 dan 1999).


Istilah sebenar yang harus digunakan dalam perspektif ini bukanlah memboikot tetapi menarik diri. Implikasi penarikan ini membayangkan dua keadaan. Pakatan pembangkang menafikan hak 10,525 pengundi di Batu Talam untuk menyempurnakan hak mereka.

Mereka turut mematikan semangat para penyokong dan simpati mereka untuk turut sama terlibat dalam proses pilihanraya kali ini.

Keduanya, meskipun dari sudut 'de jure', calon pakatan pembangkang tidak bertanding, namun dari aspek 'de facto' , di balik tabir Ng Chee Phang, calon bebas berusia 21 tahun diketahui mendapat dokongan dari pakatan pembangkang, malah dakwaan wang deposit beliau ditaja oleh orang yang tidak dikenali mengukuhkan lagi asas dakwaan ini.

Malah melihat, dari beberapa alasan sinis beliau kenapa bertanding, kononya atas dasar mahu mencuba, mempelajari apa itu politik dan diidolakan oleh bapanya Ng Kwai Ling, tampak jelas, tidak ada keseriusan, pilihanraya dipersepsikan seperti satu 'kerja mainan', experimentasi, mencuba-cuba, walhal, pilihanraya adalah medium untuk memilih wakil bagi tujuan penggubalan dasar, merencana visi dan misi pembangunan jangka pendek dan panjang serta mentadbir urusan seharian masyarakat.

Natijahnya, jika dalam keadaan ;kurang serius' calon bebas tajaan pakatan pembangkang ini berupaya beroleh lebih 2,000 undi, maka penilaian moral dan saikologinya memperlihatkan BN kalah. Analisis sebenarnya boleh difahami tujuan calon ini bertanding, membolehkan segala desakan, permintaan segera lebih 14% pengundi Cina yang kebanyakkannya bertumpu di Cheroh dapat dilangsaikan.

Namun dengan mengambilkira peribadi, hubungan komunikasi dan aspek ketempatanan yang dimiliki oleh anak jati Batu Talam, Abdul Aziz Kiram, calon BN, semua kalangan masyarakat d kawasan pengundian berkenaan ,mengenalinya, berasa selesa berurusan dengannya atas kapasiti beliau yang cukup lama sebagai Pegawai Jasa dan Setiausaha UMNO Bahagian Raub.

Maka persoalan bahawa hasrat dan aspirasi pengundi Cina tentulah mudah baginya untuk dibereskan. Dalam perspektif yang lain, pilihanraya kecil DUN Batu Talam, mendedahkan lagi betapa jumudnya pemikiran,aksi dan sikap pakatan pembangkang.

Bermula dengan usaha menarik diri, kempen kini ditumpukan untuk mengajak rakyat agar jangan keluar mengundi di hari pengundian. Satu lagi taktik dan kempen yang ibarat kata pepatah 'marahkan nyamuk, bukan lagi kelambu dibakar, malah kini pada tahap mahu membakar rumah seluruhnya".

Dalam keadaan yang lain, boleh dihipotesiskan, bahawa pilihanraya kecil ini juga menggambarkan kelicikan Anwar Ibrahim. Walaupun dilihat penarikan diri sebagai persetujuan bersama, tetapi analisis lebih cenderung menyatakan, dibalik tabir yang menginstrumentalkan tindakan ini adalah hasil pengaruh Anwar sendiri.

Ini memandangkan jika dilihat dari segi tren, sejarah, dalam keadaan pengundi Melayu merupakan majoriti, dalam kes di Batu Talam, 75% pengundinya Melayu dengan tambahan pengaruh politik FELDA di Tersang 1,2,dan 3, lazimnya PAS akan menjadi saingan utama UMNO.

Di balik tabir pilihanraya kecil Batu Talam ini juga mendorong dan menguji sebenarnya kebanggaan seluruh warga Pahang khususnya di Raub dan Batu Talam. Mengundi serta menyokong Abdul Aziz Kiram bermakna satu 'kabsahan' yang kuat ke atas pimpinan TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak, yang juga anak Pahang.

Pilihanraya kecil Batu Talam juga mewujudkan banyak dimensi baru ke arah menentukan halatuju politik Malaysia di masa hadapan. Jauh merentasi soal faham perkauman, strategi, dakyah, propaganda murahan pembangkang, tipu helah, namun yang paling penting, komitmen tinggi serta padu dari seluruh petugas BN khususnya Pergerakan Puteri UMNO.

Membuktikan, BN dalam apa jua keadaan sentiasa mengambil serius soal pilihanraya. Kerana pilihanraya adalah penentu nasib dan masa hadapan rakyat, punyai pengaruh dalam pembangunan negara, menyedari pilihanraya juga adalah medium terbaik untuk mengurus, menyelaras kesemua kehendak masyarakat.

Pilihanraya bagi BN bukan sekadar untuk mendapat kuasa semata-mata sepertimana misi pakatan pembangkang, akan tetapi yang penting bagi BN, apa selepas pilhanraya?.

Tentunya sepertimana yang telah dibuktikan selama 50 tahun lampau, berkhidmat, berbakti dan terus menabur budi demi kelangsungan sebuah ketamadunan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net