puteri umno's FotoPage

By: puteri UMNO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Jan-2007 12:00 Email | Share | Bookmark

YB Rasnah Abdul Rasid Shirlin



Nama: YB Rasnah Abdul Rasid Shirlin
Umur: 33 tahun
Asal: Kota Belud,Sabah
Jawatan: Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian) (Universiti Islam Antarabangsa)


Selepas berjaya memperolehi LL.B Hons daripada UIA pada tahun 1995, beliau telah menjalani latihan dalam kamar di Tetuan Francis Liong & Co dan diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak pada tahun 1997.

YB Rosnah juga merupakan rakan kongsi firma guaman Tetuan Jeffrey Chu & Shirlin daripada tahun 2002 hingga kini. Kerjaya politiknya bermula sebagai Ketua Puteri UMNO Sabah dari awal penajaan sehinggalah pada tahun 2004, beliau dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia serta menerajui Jawatankuasa Perundangan dan Biro Antarabangsa.

Projek Kalam Untuk Afghanistan yang menyaksikan terbinaanya sebuah sekolah rendah di Kabul adalah di bawah penyeliaaan beliau, setelah di inspirasikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang pertama, YB Datuk Azalina Dato’ Othman Said. Melihat Pergerakan Puteri sebagai tenaga parti yang membudayakan sikap dan memiliki sifat dinamis lagi pragmatis, menyalingsarikan antara nilai-nilai idealis dan realis untuk meneguhkan ketegaran / relevansi parti UMNO di kalangan orang Melayu atau Bumiputera merupakan visi beliau.

Manakalanya misinya untuk memainkan peranan sebagai pendukung usaha kepada melaksanakan semua misi Ketua Pergerakan Puteri UMNO juga segala tanggungjawab, tugasan dan arahan yang diterima daripada kepimpinan tertinggi Parti untuk diterjemahkan melalui Pergerakan Puteri UMNO atas prinsip kesetiaan total terhadap perjuangan dan demi kepentingan Parti UMNO.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net