puteri umno's FotoPage

By: puteri UMNO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Jan-2007 10:04 Email | Share | Bookmark

Datuk Noraini Ahmad
00:00
Nama: Datuk Noraini Ahmad
Umur: 38 tahun
Asal: Batu Pahat, Johor
Jawatan: Ketua Pergerakan Puteri Umno
Kelulusan: Bachelor of Commerce (quantitative analysis & Finance), University of Saskatchewan, Canada.
Master of Business Administration, University Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.



“SAYA berazam untuk menjadikan Puteri sebagai sayap Umno yang mantap, dengan ahlinya mempunyai daya saing tinggi dan mentaliti kelas pertama, sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."


“Kita perlu mulakan usaha mencapai mentaliti kelas pertama ini dari Puteri Umno kerana ia adalah suara generasi muda,” kata Noraini yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua Puteri Umno selepas pencabarnya yang ketinggalan jauh dari segi pencalonan, menarik diri dalam satu kompromi Ogos lalu.

Pada masa sama, Noraini berikrar akan meneruskan perjuangan pergerakan itu yang diasaskan bersama Datuk Azalina Othman Said serta rakan seperjuangan yang lain pada 9 April 2001.

“Saya dengan Datuk Azalina bergerak seiring dari awal penubuhan Puteri lagi dan kini saya adalah penerus kepada perjuangan yang diasaskan Azalina. Apabila saya bawa Puteri kelak, tentulah saya tidak akan tinggal apa yang kita bentuk dan mulakan daripada awal lagi,” katanya.

Menyentuh soal kompromi itu, Noraini berkata, ia tidak bermakna Puteri sebelum ini terbahagi kepada dua kumpulan atau tiada demokrasi dalam pergerakan itu.

“Kita asalnya daripada kumpulan yang sama... bila ada kompromi seperti ini ia tidak bermakna kita menghapuskan proses demokrasi,” katanya.

Beliau juga yakin dapat melaksanakan hampir semua perjuangannya dalam Puteri Umno sebelum terpaksa berundur apabila mencapai usia 40 tahun.

“Kita mulakan Puteri bersama-sama dan jika saya belum dapat habiskan perjuangan, Insya-Allah kita akan laksanakan. Sebab itu kita ada sasaran jangka masa pendek dan panjang. Kita kena ada sasaran munasabah.

“Jika ada perkara yang tidak boleh dicapai saya yakin generasi atau pemimpin akan datang yang akan menggantikan saya akan terus melaksanakannya. Sama ada sempat tak sempat, jawapannya ia akan sentiasa sempat kerana kita perlu teruskan perjuangan kita dalam Puteri,” katanya.

Mengenai perasaan beliau apabila menduduki kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk kali pertama selaku Ketua Puteri Umno, Noraini berkata, ia bukan satu keistimewaan tetapi satu tanggungjawab berat:

“Saya duduk di sana bukan untuk senang-senang atau seolah-olah duduk di kalangan orang berpangkat tinggi, bukan. Saya akan berada di sana untuk menjalankan tanggungjawab saya, ini tanggungjawab yang berat”


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net